top of page

1. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN RUMAH SELANGOR

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;

  • Pendapatan Bulanan pemohon dan pasangan;

  1. Penyata gaji terkini daripada majikan atau surat akuan bersumpah / berkanun daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;

2. CARA PENGELUARAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) – PENGELUARAN MEMBELI RUMAH

  • Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.

  1. KELAYAKKAN MEMOHON

    • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara

    • Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

    • Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

  2. SYARAT

    • Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’/ ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.

    • Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut :-

      • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

      • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan

      • Majikan ahli

      • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)

      • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia

      • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU

      • Secara tunai

  3. Surat Perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
  4. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua

  5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP

  6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)

  7. Ahli tidak layak memohon sekiranya :-

    • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada

    • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli

    • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf

    • Membeli rumah ketiga

    • Membeli rumah di luar negara

  8. Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja

3. CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT) 2022 [Real Property Gains Tax (RPGT)].Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) 

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). Mulai 21 Oktober 1988, cukai ini diperluaskan ke atas keuntungan daripada pelupusan syer dalam Syarikat Harta Tanah.


Menerusi Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2007 [P.U. (A) 146/2007] Menteri Kewangan telah mengecualikan mana-mana orang daripada semua peruntukan ACKHT 1976 bagi pelupusan aset selepas 31 Mac 2007. Perintah pengecualian tersebut telah dibatalkan mulai 01 Januari 2010 melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2009 [P.U. (A) 376/2009]. Ini bermakna pelupusan apa-apa aset yang boleh dikenakan cukai mulai 01 April 2007 sehingga 31 Disember 2009 adalah dikecualikan daripada CKHT.
BAJET 2022 – Kerajaan tidak lagi mengenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah bagi pelupusan oleh individu warganegara, pemastautin tetap dan selain syarikat mulai tahun ke enam dan ke atas.

4. CARA MEMOHON PINJAMAN PERUMAHAN

  1. PINJAMAN BANK

    • JENIS-JENIS PINJAMAN

      • Pinjaman Asas (Basic term)

      • Pinjaman Semi Fleksi (Semi-Flexi)

      • Pinjaman Fleksi (Full-Flexi)

bottom of page